U Mobile

U Mobile Sdn Bhd ialah penyedia perkhidmatan 3G terbaru di Malaysia yang diasaskan pada tahun 1998 sebagai MiTV Networks Sdn Bhd. U Mobile ialah anak syarikat milikan penuh U Telecom Media Holdings Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai MiTV Corporation Sdn Bhd. Dengan menggunakan awalan 018 yang diperuntukkan kepada pertubuhan ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) [1], U Mobile bertujuan memperkaya hidup para pengguna dengan menjadikan komunikasi, hiburan dan maklumat lebih mudah dicapai dengan teknologi canggih melalui satu landasan yang mudah dan sentiasa ada.Selain menawarkan telefoni dan data mudah alih, U Mobile berniat untuk menjadi penyedia perkhidmatan televisyen sejati yang terulung di Malaysia dengan perkhidmatan Mobile LiveTV™nya yang menggunakan teknologi Penyiaran Video Digital – Mudah Alih (DVB-H) yang diterima antarabangsa [2]. U Mobile menjalankan percubaan pengguna perkhidmatan telefon dandMobile LiveTV™ pada akhir 2007. [3]U Mobile mendirikan ibu pejabat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia.